jika kau tanya:
kenapakah bonda tergamak menipu?
bukan satu jawapan aku boleh berikan:
bonda minta perhatian, ketika bonda sendirian di rumah agam
bonda minta bantuan, saat bonda benar-benar kesempitan
bonda minta perkhabaran, saat bonda benar-benar kerinduan
bonda minta doa, saat bonda benar-benar memerlukan
bonda minta sayang, saat bonda benar-benar kesakitan
bonda minta kasih, saat bonda benar-benar perlu belaian
bonda minta kelembutan,saat bonda benar-benar keperitan
bonda minta keikhlasan, saat bonda benar-benar keinginan
manakah anakanda, ketika bonda sendirian di ruang tamu.
manakah anakanda, ketika bonda sendirian ketakutan akan keberangkalian.
manakah anakanda, ketika bonda sendirian kelenguhan
manakah anakanda, ketika bonda sendirian menahan kepanasan
jgn mengalirkan airmata nanti kerana penyesalan
jgn mengalirkan airmata nanti kerana ketidaksempatan
kerana nanti itu kini
kerana kini bonda telah pergi
rindu nenek lagi dan lagi
No comments:
Post a Comment